Sunday, May 27, 2012

Kesian pinky saya...


Bismillah dan assalamualaikum...

Huh,sakit tak hati bila kita dengan happynya pergi dekat parking kereta nak balik, tapi tengok-tengok cermin kereta dah pecah [emo]. Itulah yang terjadi dekat pinky saya. Kesian sangat.

Poor pinky =(

See. Nasib baik ada tinted je, cermin tu still kat situ. Kalau tak memang dah berderai macam yang kat tepi-tepi tu. Petang tu jugak terus pergi Wisma Aman (keselamatan ukm) buat report semua.  Lepas pak guard pergi check ke tempat kejadian memang positif sebab mesin rumput. Haruslah buat report untuk claim kan.

[Bukti] Rumput-rumput yang masih lagi melekat kat body kereta. Wuwuwuuu...

Macam sisik ikan pun ada. Tapi memang kabur terus la, tak nampak nak drive. Bergantung pada side mirror je...[ye,saya masih lagi pemegang lesen p..huhuhu...]

Disebabkan dah after office hour, prosedur nak claim sume terpaksa la dibuat keesokan harinya yang menyebabkan kerja lab terganggu. Imagine, sampaikan hari Jumaat tu, mistulip sampai lupa nak ambik bacaan antibacterial test yang mistulip buat pada hari khamis. Sia-sia usaha, kena buat balik nanti. Sedih...

Tapi alhamdulillah dalam satu hari setel sume pasang cermin baru. Awal-awal pihak kontraktor mesin rumput tu mintak mistulip pergi pasang sendiri dulu cermin guna duit sendiri then baru claim. Tapi mistulip buat muka kesian cakap 'saya ni student, susah sikit..duit tak berapa nak ada..tak boleh ke kalau on the spot bayar?'. Nasib baik dia faham, terus dia bawak pinky ke kedai dan bayar dulu. 

Lepas tu baru la mistulip buat report polis semua. Dokumen semua tu kena hantar esok kat kontraktor untuk urusan claim. Bayangkan pakcik tu cakap bulan ni saja dah 7 kes cermin pecah. Lama-lama bankrupt la syarikat tu asyik kena ganti cermin kereta orang je. Huhuhu. 

Sekarang dah lega, semua dah selesai. Tinted pun dah. Cuma ralat pasal lab jela, sampai lupa nak ambik bacaan sebab terlampau busy ke sana ke mari uruskan kereta plus terlalu  banyak fikir sampai entah ke mana-mana dah. Huh, my bad. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa.




mistulip: nasib baik jadi awal sikit, kalau esok lusa baru nak kena, memang kacau la nak balik kampung 3 hari lagi ni..heeeeee....

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru!



Bismillah...

16 Mei 2012.

Selamat Hari Guru kepada guru-guru di SKBP dan SMKANI, pensyarah-pensyarah di KMM dan UKM, abah saya, dua orang kakak saya Kak Na dan Kak Sya, bapa saudara saya, emak saudara saya, sepupu-sepupu saya, kawan-kawan saya yang sekarang ini seorang guru dan juga bakal menjadi guru, guru memandu saya serta seluruh pendidik di Malaysia. Terima kasih atas jasa kalian yang telah banyak ditabur untuk mendidik anak bangsa.


Cita-cita mistulip dulu nak jadi landskap architect sebab kononnya suka melukis, tapi tanpa sedar ambik course chemical engineering sebab rasa macam peluang kerjaya architect agak terbatas kalau tak betul2 kreatif dan satu lagi sebab konon nak jadi engineer yang merupakan salah satu kerjaya profesional (padahal sebab tak layak nak ambik medic...hahahaha...gelakkan diri sendiri) dan sekarang tengah nak siapkan master, ada rezeki sambung PhD dan adakah mistulip akan ditakdirkan jadi lecturer nanti? Walaupun tak berapa minat, tapi kalau itu peluang yang ada, InsyaAllah....








mistulip: selamat hari guru kepada saya sendiri jugak yang mungkin menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. insyaAllah akan ku gapai ijazah doktor falsafah itu, salah satu impian abah. mistulip as a future lecturer, suitable or not????

Tuesday, May 15, 2012

DIY: Paper pinwheel


Bismillah....

Untuk merealisasikan design mini pelamin mistulip macam yang diceritakan sebelum ni, berkobar-kobar semangat beli kertas dan mulakan proses melipat sampai nak patah pinggang, Ok, itu tipu. Alhamdulillah paper pinwheel semua dah siap. Penat jugak nak melipat semua-semua ni.


Siap dilipat! Nak hasilkan pinwheel yang besar mistulip guna 4 keping A4 paper. Lipat je selang seli macam buat kipas dan nak nampak lagi effect bulat, gunting membulat bahagian hujung kertas yang dilipat tadi. Then sambung la empat-empat kertas tadi guna double-sided tape. Pinwheel kecik guna 2 keping je kertas A4, setiap keping gunting kepada dua dulu untuk dapat empat bahagian. 

Lipat lah anda dengan semangat yang waja sederhana je. Hahaha. Mistulip lipat2 sambil baring tengok movie depan laptop. Buruk perangai? Tak kisah, asalkan selesa daripada menyakitkan pinggang. Hehehe.


Pinwheel yang dah siap ditampal dengan doily paper. Better daripada yang kosong tadi kan? Doily paper beli kat kedai menjual barangan bakeri (Yummie Bakery) kat Bandar Baru Bangi. Saiz 3.5 inci RM2.60 je untuk 250 keping. Murah-murah.

Dah siap untuk mini pelamin, mistulip saja-saja buat pinwheel ni guna kertas pembalut hadiah untuk tampal kat dinding rumah sewa. Biar ceria sikit. Ni la hasilnya.

Zoom in

Zoom out. Cantik tak?

Harap-harap cantik la mini pelamin saya nanti dengan paper pinwheel yang berwarna-warni ini. Amin.





mistulip: lagi 2 minggu untuk balik kampung =)

Wednesday, May 9, 2012

Perihal nikah: mini pelamin


Assalamualaikum...

Kalau bercakap pasal mini pelamin ni, ikutkan hati malas sangat nak design dan buat sendiri. Sebabnya DIY mini pelamin tunang dulu pun, dah terasa susahnya. Tapi, lepas survey-survey kat beberapa buah butik via fb, memang boleh tahan mahal jugak harga dia. Haih, kata nak cut cost tapi kalau mini pelamin saja dah dalam range RM 500-700 memang tak la. Dan tiba-tiba semangat men'DIY' datang, lalu terkeluarlah idea yang tak seberapa ni. 

Calon-calon design mini pelamin untuk nikah saya nanti adalah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Design main sketch2 guna pen je.

Hehehe. Dua je pun calonnya. Setelah melalui proses pemilihan oleh ahli serumah, calon 1 menang. Yeay! 

Ok, ideanya cuma nak letak paper pinwheel kat bahagian atas dan giant paper flower kat bahagian tengah tu. Cuma, giant paper flower tu mistulip dah modified sikit cara buatnya sebab nak senang lekatkan pada dinding. Nanti kalau ada masa, mistulip buat entri tutorial nak DIY giant paper flower versi mistulip ek. Hahaha, ayat bajet ramai orang baca blog ni. 

Then, tepi-tepi macam biasa letak bantal-bantal dan jugak nest lantern yang mistulip lukis bulat-bulat tu. Nest lantern ni nak buat macam yang Nana buat kat entri ni. Harap-harap menjadi cuma tak tahu nak beli bola pantai kat mana. Pantai jauh bebenor dari rumah ni. Huhuhu. Dan temanya adalah pink,blue and purple. Combo 3 warna terus. 

Cantik ke ek? Yang penting siapkan dulu, insyaAllah cantik. Setakat ni paper pinwheel dah siap dilipat-lipat, giant paper flower dalam proses pembikinan, kain dah beli tunggu bawak balik kampung bagi adik jahit. Buli dia sebab dia tak ada buat apa sementara tunggu nak masuk U. Tali kertas untuk buat nest lantern dah beli, cuma bola je tak ada ni. Takpe, buat perlahan-lahan. Harap-harap menjadi la semuanya. Amin.

Ok cukup sampai di sini saja cerita pasal design mini pelamin. Nah sedikit teaser aktiviti hujung minggu hari tu.

Eh, ada rama-rama =)





mistulip: dah tak sabar nak balik kampung hujung bulan ni..moga dipermudahkan segala urusan isi borang nikah...

Wednesday, May 2, 2012

Begini Caranya


Assalamualaikum...

Mood jiwang dan berangan hari ni.  Dedicate this song to my fiance. Hehehe.

Begini Caranya- Shaheizy Sam & Yana Samsudin


Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku



Sangat suka! Lagu ni OST movie terbaru dorang 'Aku Ada, Kau Ada?' Shooting kat korea, pic ngan video pun ala-ala korea dah jadinya. Hehehe, tapi sweet je SS ngan Yana dalam video tu. Macam terawang-awang je dengar lagu tu. Wah, berangan lagi.








mistulip: Aku tahu dimana nak cari cintamu, disini tak mungkin mengalah, dengan apa yang mendatang...