Tuesday, May 15, 2012

DIY: Paper pinwheel


Bismillah....

Untuk merealisasikan design mini pelamin mistulip macam yang diceritakan sebelum ni, berkobar-kobar semangat beli kertas dan mulakan proses melipat sampai nak patah pinggang, Ok, itu tipu. Alhamdulillah paper pinwheel semua dah siap. Penat jugak nak melipat semua-semua ni.


Siap dilipat! Nak hasilkan pinwheel yang besar mistulip guna 4 keping A4 paper. Lipat je selang seli macam buat kipas dan nak nampak lagi effect bulat, gunting membulat bahagian hujung kertas yang dilipat tadi. Then sambung la empat-empat kertas tadi guna double-sided tape. Pinwheel kecik guna 2 keping je kertas A4, setiap keping gunting kepada dua dulu untuk dapat empat bahagian. 

Lipat lah anda dengan semangat yang waja sederhana je. Hahaha. Mistulip lipat2 sambil baring tengok movie depan laptop. Buruk perangai? Tak kisah, asalkan selesa daripada menyakitkan pinggang. Hehehe.


Pinwheel yang dah siap ditampal dengan doily paper. Better daripada yang kosong tadi kan? Doily paper beli kat kedai menjual barangan bakeri (Yummie Bakery) kat Bandar Baru Bangi. Saiz 3.5 inci RM2.60 je untuk 250 keping. Murah-murah.

Dah siap untuk mini pelamin, mistulip saja-saja buat pinwheel ni guna kertas pembalut hadiah untuk tampal kat dinding rumah sewa. Biar ceria sikit. Ni la hasilnya.

Zoom in

Zoom out. Cantik tak?

Harap-harap cantik la mini pelamin saya nanti dengan paper pinwheel yang berwarna-warni ini. Amin.





mistulip: lagi 2 minggu untuk balik kampung =)

9 comments:

The ShomeL TwinZ said...

wah kreatif laa mistulip

mistulip said...

hahaha..xkreatif mana pun...tiru dr org jgk..heee...

sarahhernyzar said...

pandai nya DIY. owh sgt dengki ini... buat la tutorial dear. huhu.. happy preps sayang !

mistulip said...

pndai tiru org je...huhuhu..actually refer tutorial kat cni:

http://evie-s.com/news/2010/08/30/week-of-paper-pinwheels/

btw,thanx dear...=)

orked violet said...

whooaaaa...cantek nye!!!!
nak jugak!

mistulip said...

sila2...hehe...

Miz Sharmia said...

cantil la. blh jadi inspirasi i nanti.nak wat mini pelamin.. wish me luck. :)

Mistulip said...

tq..gud luck dear =)

Anonymous said...

mistulip, bole bg tutorial step by step x cmne nk wt pinwheel ni? dh try tp, xjadilaa.. huhuhu