Sunday, May 27, 2012

Kesian pinky saya...


Bismillah dan assalamualaikum...

Huh,sakit tak hati bila kita dengan happynya pergi dekat parking kereta nak balik, tapi tengok-tengok cermin kereta dah pecah [emo]. Itulah yang terjadi dekat pinky saya. Kesian sangat.

Poor pinky =(

See. Nasib baik ada tinted je, cermin tu still kat situ. Kalau tak memang dah berderai macam yang kat tepi-tepi tu. Petang tu jugak terus pergi Wisma Aman (keselamatan ukm) buat report semua.  Lepas pak guard pergi check ke tempat kejadian memang positif sebab mesin rumput. Haruslah buat report untuk claim kan.

[Bukti] Rumput-rumput yang masih lagi melekat kat body kereta. Wuwuwuuu...

Macam sisik ikan pun ada. Tapi memang kabur terus la, tak nampak nak drive. Bergantung pada side mirror je...[ye,saya masih lagi pemegang lesen p..huhuhu...]

Disebabkan dah after office hour, prosedur nak claim sume terpaksa la dibuat keesokan harinya yang menyebabkan kerja lab terganggu. Imagine, sampaikan hari Jumaat tu, mistulip sampai lupa nak ambik bacaan antibacterial test yang mistulip buat pada hari khamis. Sia-sia usaha, kena buat balik nanti. Sedih...

Tapi alhamdulillah dalam satu hari setel sume pasang cermin baru. Awal-awal pihak kontraktor mesin rumput tu mintak mistulip pergi pasang sendiri dulu cermin guna duit sendiri then baru claim. Tapi mistulip buat muka kesian cakap 'saya ni student, susah sikit..duit tak berapa nak ada..tak boleh ke kalau on the spot bayar?'. Nasib baik dia faham, terus dia bawak pinky ke kedai dan bayar dulu. 

Lepas tu baru la mistulip buat report polis semua. Dokumen semua tu kena hantar esok kat kontraktor untuk urusan claim. Bayangkan pakcik tu cakap bulan ni saja dah 7 kes cermin pecah. Lama-lama bankrupt la syarikat tu asyik kena ganti cermin kereta orang je. Huhuhu. 

Sekarang dah lega, semua dah selesai. Tinted pun dah. Cuma ralat pasal lab jela, sampai lupa nak ambik bacaan sebab terlampau busy ke sana ke mari uruskan kereta plus terlalu  banyak fikir sampai entah ke mana-mana dah. Huh, my bad. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa.




mistulip: nasib baik jadi awal sikit, kalau esok lusa baru nak kena, memang kacau la nak balik kampung 3 hari lagi ni..heeeeee....

2 comments:

Anonymous said...

kt mana main point pecah ye?

mistulip said...

mmg xnmpk kat mana punca,pecah die uniform sm je..huhuhu..pak guard yg check tu pun xjumpa kat mana main point pecah..mmg agk pelik la..