Wednesday, May 9, 2012

Perihal nikah: mini pelamin


Assalamualaikum...

Kalau bercakap pasal mini pelamin ni, ikutkan hati malas sangat nak design dan buat sendiri. Sebabnya DIY mini pelamin tunang dulu pun, dah terasa susahnya. Tapi, lepas survey-survey kat beberapa buah butik via fb, memang boleh tahan mahal jugak harga dia. Haih, kata nak cut cost tapi kalau mini pelamin saja dah dalam range RM 500-700 memang tak la. Dan tiba-tiba semangat men'DIY' datang, lalu terkeluarlah idea yang tak seberapa ni. 

Calon-calon design mini pelamin untuk nikah saya nanti adalah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Design main sketch2 guna pen je.

Hehehe. Dua je pun calonnya. Setelah melalui proses pemilihan oleh ahli serumah, calon 1 menang. Yeay! 

Ok, ideanya cuma nak letak paper pinwheel kat bahagian atas dan giant paper flower kat bahagian tengah tu. Cuma, giant paper flower tu mistulip dah modified sikit cara buatnya sebab nak senang lekatkan pada dinding. Nanti kalau ada masa, mistulip buat entri tutorial nak DIY giant paper flower versi mistulip ek. Hahaha, ayat bajet ramai orang baca blog ni. 

Then, tepi-tepi macam biasa letak bantal-bantal dan jugak nest lantern yang mistulip lukis bulat-bulat tu. Nest lantern ni nak buat macam yang Nana buat kat entri ni. Harap-harap menjadi cuma tak tahu nak beli bola pantai kat mana. Pantai jauh bebenor dari rumah ni. Huhuhu. Dan temanya adalah pink,blue and purple. Combo 3 warna terus. 

Cantik ke ek? Yang penting siapkan dulu, insyaAllah cantik. Setakat ni paper pinwheel dah siap dilipat-lipat, giant paper flower dalam proses pembikinan, kain dah beli tunggu bawak balik kampung bagi adik jahit. Buli dia sebab dia tak ada buat apa sementara tunggu nak masuk U. Tali kertas untuk buat nest lantern dah beli, cuma bola je tak ada ni. Takpe, buat perlahan-lahan. Harap-harap menjadi la semuanya. Amin.

Ok cukup sampai di sini saja cerita pasal design mini pelamin. Nah sedikit teaser aktiviti hujung minggu hari tu.

Eh, ada rama-rama =)





mistulip: dah tak sabar nak balik kampung hujung bulan ni..moga dipermudahkan segala urusan isi borang nikah...

No comments: