Tuesday, June 5, 2012

Pengakhiran Kisah Laksamana Sunan



Bismillah dan assalamualaikum...

Akhirnya kisah pengembaraan penuh ranjau Laksamana Sunan berakhir di novel ke enam, Sunan Musafir. Saya dah beli semalam. Walaupun harga dia lebih mahal berbanding novel sebelumnya, excited beli tanpa berfikir panjang tentang duit yang cukup-cukup makan sebab kumpul untuk kawen. Hahaha. Nak seribu daya.

Bagaikan Puteri. Beli dan baca masa kat matrik.


Cinta Sang Ratu. Pinjam dan baca masa degree second year.


Hijab Sang Pencinta. Beli dan baca masa degree final year.


Cinta Sufi. Beli dan baca masa lepas konvo.


Sutera Bidadari. Beli dan baca tahun lepas masa dah jadi student masters.


dan akhir sekali, baru beli semalam...

Sunan Musafir

No wonder la mahal, hard cover tu. Siap dapat postcard lagi.

Actually novel-novel ni sangat bagus untuk dibaca, sangat banyak pengajaran dan tauladan yang boleh kita dapat. Tak rugi sebab sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dari zaman remaja sampai la ke zaman nak jadi isteri orang, masa terluang (terluang la sangat) mistulip diisi dengan kisah Laksamana Sunan je. Sampaikan berangan nak suami macam Laksamana Sunan, hahaha....eh, en. bakal suami sudah cukup sempurna di mata dan hati ini...heeee...


Jadinya, Cinta Sang Ratu je tak ada dalam koleksi sebab masa tu kebetulan kawan dah beli so pinjam jela. Tapi sekarang rasa nak jugak beli yang tu, buat koleksi peribadi. Hehehe..Tak sabar nak habiskan baca last novel ni. Semalam sempat baca sikit je sebab penat balik dari kampung ahad hari tu tak hilang lagi, so tuan puteri mistulip masuk beradu lebih awal berbanding biasa ;-)


Awan,
Kalau dapat kucapai,
Maka saktilah hamba...


Tatkala cinta berbisik,
Suaranya memuji TUHAN...
Apabila rindu terusik,
Rasulnya jadi pilihan...








mistulip: borang kebenaran nikah dah isi, hiv test pun dah buat..dah boleh senyum dah sikit =)

No comments: