Tuesday, January 1, 2013

2013 yang bererti

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2013! Tahun ni mistulip tak ada azam pun. Sebab azam tahun lepas pun ada yang tak tercapai. So tak perlu nak berazam bagai, cuma buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling serta iringi setiap usaha yang dilakukan dengan doa. Cumanya, harapan tu tetap ada.


Harap diri jadi super rajin untuk writing thesis kat rumah, so that boleh grad masters tahun ni.

Harap dapat jadi isteri solehah untuk tahun ni, tahun-tahun akan datang dan hingga ke syurga.

Harap dapat uruskan rumah tangga dengan lebih teratur (maklum la baru je duk sama after 4 bulan nikah, banyak yang perlu dirancang dan disusun).

Harap dapat jadi seorang insan yang boleh membahagiakan suami, ma dan abah serta orang-orang yang disayangi.

Harap dapat buat keputusan dengan bijak samada nak cari kerja atau sambung PhD lepas habis masters ni.

Satu lagi, boleh tak kalau berharap tahun ni ada insan baru yang dapat temankan mistulip kat rumah? Sesungguhnya duk sorang-sorang kat rumah jadi suri rumah tak bertauliah sangat la bosan. Moga Allah kurniakan rezeki tu pada kami. Aamiin..

Mistulip namakan semua kat atas ni harapan, bukan azam sebab rasanya azam tu terlalu berat. Sampai kalau tak dapat, macam boleh kecewa je. Kalau harapan tu, rasa ringan sikit. Cuma jangan la mengharap kosong je, kena ada usaha yang setimpal. Moga-moga berjaya dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Ok, stop membebel. Moga 2013 lebih baik dari 2012 dan tahun-tahun sebelum ini.



Hahaha..laki bini excited pegang rabbit - Rabbit Park, Bukit Tinggi.





mistulip: esok terpaksa tinggalkan en.suami selama 2 hari 1 malam untuk selesaikan urusan kat ukm...

No comments: