Saturday, January 5, 2013

Baby Nayli Alya yang comel

Assalamualaikum..

Rabu lepas kan mistulip ke Bangi untuk 2 hari 1 malam sebab nak selesaikan urusan hantar sampel dan jumpa Dr. Alang-alang dah sampai sana, buat la keputusan nak melawat baby kawan mistulip. Dia bersalin bulan september lagi tapi baru je datang bangi balik lepas berpantang di Terengganu.

Sampai je rumah Vilah malam Rabu tu, semua ex-housemate termasuk mistulip sendiri macam orang tak pernah jumpa baby. Nayli Alya super comel. So chubby and adorable. Rasa nak gigit2 je pipi dia. Malam tu memang semua orang senyum je, macam tak ada masalah langsung bila tengok baby yang sangat comel. Huhuhu...

Ni la budaknya. Nayli Alya bermaksud pencapaianku tinggi. Moga pencapaian bila dah besar nanti semua tinggi-tinggi ye.


Alya dengan aunty2. oh, saya sorang saja isteri orang disitu...

Comellll...macam baby cina, mata sepet ikut ayah, putih ikut ibu...

Akhirnya Alya tidur bila kitorang dah nak balik...




mistulip: kalau anak sendiri nanti tak tau la camne, tengok anak orang pun terlebih excited.

No comments: