Wednesday, February 27, 2013

Review: Hand Bouquet

Assalamualaikum...


Lamanya tak update blog. Kehidupan mistulip sebagai seorang student yang dalam proses writing thesis dan juga suri rumah menyebabkan mood menulis hilang ke mana-mana. Banyak nak cerita, tapi mood tak ada. Sad. Plus jadi suri rumah ni bukan boleh dipandang mudah. Tabik spring pada semua suri rumah especially my mom =)

Ok, kali ni nak review pasal hand bouquet atau HB. Kalau nak tahu, untuk sanding dan bertandang mistulip just guna HB yang butik bagi. Eh, bagi pinjam sewa, bukan bagi terus. Huhuhu. Masa tunang dan nikah je HB buat sendiri.


HB masa tunang guna  paper flower. Boleh ke sini untuk tengok tutorial paper flower tu.

HB masa nikah. Beli artificial flower 3 jambak then ikat dengan reben. Satu jambak dalam RM6 x 3 = RM18. Plus dengan reben, total dalam lebih kurang RM20.


HB masa sanding, majlis belah perempuan. Tauke butik buat yang baru, guna artificial flower jugak. Tema blue-purple.

HB masa bertandang. Butik punya jugak, guna je apa yang diberi. Actually malas nak fikir pasal HB dah sebab benda lain banyak lagi nak difikirkan masa tu. So, malas nak susahkan diri nak DIY or buang duit nak tempah bagai. Hehehe.. Ni Alissa, anak buah en. suami.

So, semua HB tak ada pun guna fresh flower. Walaupun fresh flower lag cantik bagi sesetengah orang, artificial flower pun apa kurangnya. Yang penting tetap jadi penyeri buat ratu sehari. Lagipun boleh simpan sampai bila-bila. Nak tujuk kat anak cucu pun boleh. Wah, nenek pandai DIY. Hahaha.




mistulip: update di kala menunggu en.suami pulang dari tempat kerja.

No comments: