Wednesday, August 28, 2013

New journey begins

Assalamualaikum...

Lamanya tak update. Macam-macam dah berlaku sepanjang beberapa bulan ni, tapi tak sempat nak mengadap laptop menaip entri baru. Busy sangat bunyinya..

Actually, dalam setengah tahun ni mistulip berjuang nak siapkan thesis. Lepas majlis kahwin november lepas, berjaya juga siapkan lab. Dah siap lab, sibuk urusan pindah ke jb. Lepas tu bermula la pertapaan siapkan modelling and thesis writing.


Mula-mula memang blur, tapi bila dah dapat momentum tu, insyaAllah lancar je.. 

Banyak yang berlaku dalam tempoh tu. Beberapa kali juga ulang alik ke UKM sebab ada beberapa analisis tak dapat result ok, so kena repeat. Lepas submit draf tesis pada supervisor april lepas, terpaksa menunggu beberapa bulan jugak sebab my supervisor is super duper busy. Nak jumpa pun susah.

Sampaikan dalam bulan puasa hari tu, masih belum ada tanda-tanda yang dia boleh siapkan check tesis. Jadinya, dengan misi dah tak nak bayar yuran pengajian untuk semester baru mistulip push supervisor untuk check tesis tu asap. 

Siap hantar email, buat ayat sedih cuma mampu bayar yuran pemeriksaan tesis je. Yuran pengajian dah tak mampu. Sebabnya, kalau sempat hantar tesis awal, akan dapat 100% tuition waiver. Kalau lambat (after minggu gugur/tambah kursus), cuma dapat 50% tuition waiver.

Jadinya, bila buat ayat sedih macam tu, supervisor pun terpaksa la siapkan secepat mungkin. Mula-mula cakap minggu pertama ogos dia boleh siapkan (minggu sebelum raya). Bila dah nak masuk bulan ogos, mistulip tanya lagi. Dia cakap by 15th august dia akan bagi balik my thesis. Masa tu sabar jela. Cuma harapkan tak banyak correction. Kalau banyak, means makan masa untuk buat correction dan semua planning akan lari sebab nak submit sebelum 30 ogos.


It's ok, everything is fine..tapi dalam hati Tuhan je tahu perasaan masa tu..huhu..
Bila dah 15hb, email lagi. Tak ada respond. Mistulip sabar, tunggu je dulu. Padahal dalam hati dah dupdapdupdap. Hehehe. Esoknya 16hb baru dia email dan cuma bagi Bab 1-3. Bab 4 dan seterusnya dia cakap dia cuba siapkan hari tu jugak. Masa tu dalam hati, dah agak dah...mesti baru check ni. So, takpe la buat la correction Bab 1-3 dulu. Petang tu jugak siap sebab tak banyak.

Esoknya (hari sabtu) dalam tengahari, baru Dr bagi balik semua. Bayangkan hari sabtu. Memang menggelupur kot supervisor siapkan check tesis, walaupun masa weekend. Kesian plak dekat dia. Huhuhu..tapi nak buat macam mana, kat student pun kena kesian. Dah lama kot hantar, tapi baru nak check..

Tapi disebabkan hari Isnin mistulip dah nak pindah semula ke Bangi, mistulip tak buat correction tu. Busy kemas barang. Isnin sampai Bangi, bermula la urusan turun naik office untuk submit thesis. Setelah 2 kali check format di fakulti, supervisor check sekali lagi after correction, setelkan isi borang submit yang perlukan banyak pihak tandatangan, bayar yuran pemeriksaan tesis di bendahari, akhirnya dah berjaya submit 7 copy thesis kat fakulti semalam 27 ogos..Makan masa seminggu lebih juga urusan semua tu.


Alhamdulillah tak macam ni..hehehe [Picture]

Yeay, misi berjaya! dapat juga submit sebelum 30hb. Alhamdulillah, lega dan syukur sangat. Sekarang ni tunggu viva jela dan sementara tunggu viva ni, mistulip jadi GRA balik. Sebab nak kumpul duit untuk bayar yuran register PhD nanti. InsyaAllah, kalau viva sempat tahun ni, sempat la register PhD semester depan (Feb 2014). 

Moga dipermudahkan semuanya urusan viva, proposal writing dan juga urusan cari kerja baru untuk en.suami Sekarang ni long distance relationship jela. Moga-moga ada rezeki untuk en.suami dapat kerja baru kat area sini. Amin...

Kalau sebelum ni,bangun pagi siapkan breakfast untuk en.suami pegi keje. Dia dah pegi keje, naik atas tulis thesis. Bila dah petang, turun bawah prepare dinner. Bila en.suami dah balik keje, dinner sama-sama sambil tengok running man. Hahaha. Lepas tu rehat, online kejap then tidur. Esoknya, ulang balik benda sama. Oh, i miss my life as a housewife and miss him too...






mistulip: jom balik kampung jumaat ni..boleh makan buah...durian, rambutan, manggis..sedapnya =)

1 comment:

Raihamal Arawi said...

Pengalaman yang uniq. Terbaik!!!

Pembaca yang belum menghantar tesis. JOM HANTAR TESIS