Tuesday, October 8, 2013

Masak-memasak: Juicy meatball

Assalamulaikum...

Lama sangat dah tak buat entri pasal masakan. Dulu masa takde dapur (baca belum kahwin), beria buat entri masak. Sekarang dah ada dapur, entri masak entah kemana-mana. Maksudnya?Buzy sangat masak sampai tak sempat taip entri baru?Konon. Hahaha..

Ok, hari ni nak bagi resepi juicy meatball yang menjadi fav en.suami n mistulip. Sedap kalau nak buat spaghetti bolognese dan masukkan meatball ni.




Bahan-bahan:

  • Sebungkus daging lembu kisar (mistulip guna brand Ramly)
  • Sebiji telur
  • Dua keping roti gardenia untuk jadikan bread crumb
  • Bawang besar (holland) - separuh
  • Serbuk lada sulah (ajishio)
  • Serbuk lada hitam (ajishio)
  • Garam


Cara-cara:

  1. Bakar dua keping roti gardenia dan kisar guna blender kering. 
  2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama daging kisar dan bawang besar yang dicincang halus.
  3. Masukkan telur dan gaul rata semuanya.
  4. Dah sebati, masukkan garam, serbuk lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
  5. Gaulkan sebati sekali lagi dan boleh la dibuat bentuk bebola sampai habis. 





Agak besar kan meatball ni?baru la puas hati makan..kalau guna sukatan bahan-bahan macam kat atas boleh dapat dalam 18 ke 20 biji meatballs.

Kalau nak buat spaghetti bolgnese, goreng dulu meatball separa masak guna minyak yang sedikit dalam non stick pan. Lepas tu, masukkan dalam sos spaghetti dan panaskan.

Kalau version mistulip, mistulip suka tumis bawang n cili giling dulu, then baru masukkan sos spaghetti. Masukkan air sikit dan masukkan meatball, masak sampai mendidih. Lepas tu boleh la curahkan atas spagetti. 

Nak lagi sedap, letakkan satu keping chesdale cheese atas spaghetti, baru dicurahkan sos. Nanti chesdale cheese tu akan cair dengan sendiri. Sedap hingga menjilat jari. hahaha..padahal makan dengan garfu.

No comments: