Saturday, October 12, 2013

Review: Pakej kahwin

Assalamualaikum..

Boleh tak dah setahun lebih kahwin, baru nak review pasal wedding. Boleh aje kan, hehehe. ok, pakej yang mistulip ambik ni dari butik Astana Impian tak jauh dari rumah mistulip..selang 2 buah kampung je. Pemilik dia ni kawan adik mistulip merangkap junior masa sekolah dulu. 

Baju dua pasang. Mula-mula nak tema turqoise tapi baju takde yang berkenan di hati. Last-last pilih satu design baju ni, warna light purple. Tapi baju belum jahit, baru ada kain dan design. disebabkan suka sangat dengan design baju tu, mistulip setuju je sebab masa still ada, sempat la untuk baju tu siap. Kiranya mistulip orang pertama yang akan pakai baju tu.



Tapi last-last tukang jahit tu silap jahit, dia guna design yang lain untuk kain purple, design yang purple dia jahit dekat kain warna cream. Kiranya tertukar. Tu tauke butik la yang cakap, xtau betul ke tak. Mula-mula tak puas hati la, design yang nak xdapat..takkan nak ambik baju yang warna cream tu plak kan..lariu terus tema. Tak puas hati sebab mistulip tak berapa berkenan dengan ropol2 kat bawah tu..sebab rasa sarat je.

Tapi redha je sebab bila tanya kawan-kawan semua cakap cantik. masa tu fikir dorang ni nak sedapkan hati aku je ni. tapi terima jugak la. majlis dah nak dekat, x boleh nak buat apa dah. tapi bila tengok balik gambar, cantik jugak..hahaha..baju ni bead dia warna pink. tudung sendiri, veil, crown sume dia bagi.



Nampak tak ropol-ropol tu..bila duduk memang nampakla keropolannya..hehe..baju untuk laki lak, design moden, ada bling2 dekat bahu. Actually semua accesories dapat, macam keris, brooch dekat tanjak semua2, tapi entah kenapa en suami tak pakai. Sampin pun pakai macam biasa je, bukan sekali dengan barut yang boleh buat bentuk bunga kat tepi tu. Huhuhu..maklum la pakai sendiri..tu pun kelam kabut sebab lama jugak rombongan laki tunggu dekat masjid, tauke butik tak hantar-hantar baju. haih, memang la..time management butik ni tak berapa ok sikit.

Untuk baju kedua, mistulip pakai untuk majlis bertandang. warna biru pink. simple je design, baju kurung moden dengan kain flowy. gambar tak ada sangat untuk majlis ni. Baju laki pun sama, biru dengan sampin n tanjak pink. Actually tak sangka pun akan jadi pink, mistulip ingat dia nak bagi tanjak n sampin warna biru jugak tapi disebabkan semuanya last minute, dah tak boleh nak tukar. kan dah cakap tadi time management dia kureng..mistulip pun satu, tak bagitau awal-awal..kesian en suami, nikah pun dah putih pink, majlis belah laki pun ada pink..hehehe..



Untuk pelamin pulak, mistulip cuma nak simple dan banyak elemen putih. Disebabkan baju jadi warna purple dan lari dari tema asal warna turqoise, mintak jugak la masukkan elemen turqoise dalam pelamin. Tapi bila tengok balik, jadi biru purple pulak..huhu..but still, nak simple warna putih jadi major colour menjadi kenyataan. Walaupun tak macam design yang mistulip betul-betul harapkan, still ok di mata mistulip. Cuma pelamin ni siap pukul 2 pagi hari majlis. Pengsan! sekali lagi, time management...


Cantik tak?

Meja beradap pun tema putih biru purple. Mistulip cuma cakap nak simple, hari dia pasang tu la baru tengok macam mana. Ok la, sebab tak kisah sangat pasal meja beradap ni sebab tak banyak pun ambik gambar kat sini.



Hiasan bilik tidur pun sama, putih biru purple. gambar full takde plak, tapi memang simple je. ni jela gambar yang ada..


Makeup dua kali. Ni masa resepsi. Actually makeup ni tak sempat siap tau..hahaha..part bibir belum sempat touch up betul-betul.. sempat pakai lipstick je..pihak laki sampai tepat-tepat pukul dua, masa tu mistulip ngah bersiap. kan dah bagitau tadi pasal time management..last-last makcik-makcik semua dah bising cakap pihak laki dah tunggu kat bawah. nak tak nak, bantai jela, terus pakai tudung, veil semua n keluar dari bilik. hahaha..sabar jela.


Actually mistulip lagi cerah dari en suami, tapi makeup ni telah membuatkan mistulip gelap sikit. Dia lak yang lagi cerah jadinya..huhu..Ok, makeup kali kedua, untuk majlis bertandang. mistulip makeup je terus dari rumah..sebab nak ke umah pihak laki tak sampai dua jam. Yang ni sempat siap makeup, tapi bila tengok gambar, mistulip suka yang kat atas. yang ni macam garang sikit.


Overall, mistulip tak berapa puas hati. sebab banyak benda yang nak akhirnya tak dapat. mula-mula nak macam ni, last-last jadi lain. dengan banyak benda lambat, semua nak kena tunggu..part pelamin tu la yang paling menguji kesabaran..sedara-sedara sume dah nak tidur, dia boleh lagi duk pasang sana sini, ketuk-ketuk..

Tapi tula, sebabnya kenal sejak sekolah lagi, tak boleh nak buat apa sangat. cuma lepas tu ada la dia tanya macam diorang punye service. mistulip cuma cakap lepas ni cuba perbaiki time management..

So, macam tu la ceritanya..memang betul orang cakap, preparation kahwin ni baik la buat seawal mungkin..dan paling penting pilih baju dulu dan lepas tu bari decide warna tema..kalu decide tema dulu, memang tak dapat la baju yang kita nak..lain la kalau kita ni orang berada, semuanya boleh tempah baru, ikut yang kita nak macam mana...




mistulip: bila dah kahwin, tak kisah dah pun baju cantik ke tak, pelamin cantik ke tak..sebab kehidupan lepas kahwin tu lagi mencabar..banyak benda yang perlu fikir dan dirancang =)

No comments: